Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Monday, December 13, 2004

Just another news

From Utusan Online

Bekas menteri ditangkap

BANGKOK 30 Okt. - Bekas Menteri Kesihatan Thailand, Rakkiat Sukthana yang didapati bersalah menerima rasuah daripada sebuah syarikat farmasi telah ditangkap berdekatan Bangkok hari ini, kata seorang pegawai polis.

Rakkiat yang menghilangkan diri sejak 19 September 2003 ditangkap ketika sedang melakukan aktiviti senaman di sebuah taman di wilayah Nonthaburi, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau enggan memberikan maklumat lanjut.

Mahkamah Agung Thailand pada Oktober 2003 menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Rakkiat kerana menerima lima juta baht (RM462,954) daripada TNP Health Care Co. sebagai pertukaran kepada pembelian bekalan perubatan untuk hospital kerajaan yang berharga 10 kali lebih tinggi daripada biasa.

Hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran Rakkiat di mahkamah.

Rakkiat dipaksa meletakkan jawatannya pada lewat 1988 selepas tuduhan pertama mendakwa beliau menerima rasuah pada 1997 hingga 1998.

Kes terhadap Rakkiat merupakan sebahagian daripada penyiasatan antirasuah selepas Suruhanjaya Antirasuah (NCC) mendapati beliau gagal mengisytiharkan hartanya bernilai beratus-ratus ribu dolar dalam bentuk tunai dan hartanah.

NCC berkata, kemewahannya itu mungkin kebanyakan diperoleh daripada aktiviti rasuah.

Mahkamah Perlembagaan pada 16 September 2003 mendapati Rakkiat bersalah menyembunyikan aset-aset dan mengharamkan beliau menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan selama lima tahun.

Pada 1 Oktober 2003, Mahkamah Agung mengarahkan aset Rakkiat yang bernilai 233.9 juta baht (RM21.66 juta) di rampas kerana membuat pengisytiharan harta palsu. - AP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home