Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Friday, December 10, 2004

Take care of ourselves

From Berita Harian

40 peratus pekerja hospital tidak periksa kesihatan

ALOR STAR: Sikap tidak mengendahkan kepentingan pemeriksaan kesihatan bukan saja berlaku pada orang awam, tetapi juga berlaku di kalangan pekerja kesihatan sendiri.

Seorang pakar perunding di hospital swasta di sini mendedahkan kira-kira 60 peratus saja pekerja kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas diri sendiri terutama bagi mengesan penyakit kanser.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Putra Medical Centre (PMC), Dr Annuar Husainy Hussein, berkata statistik itu diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankannya di kalangan pekerja kesihatan di sebuah hospital di utara Semenanjung.

Beliau berkata, walaupun pemeriksaan mengesan punca awal kanser tidaklah begitu sukar, ramai kakitangan kesihatan sendiri tidak melakukannya walhal mereka mempunyai kesempatan terbaik untuk berbuat demikian.

"Berbanding orang awam, kakitangan kesihatan mempunyai maklumat dan tahap kesedaran yang tinggi terhadap bahaya kanser, tetap sikap kurang prihatin menyebabkan mereka turut terdedah dengan penyakit berbahaya itu.

"Sebagai warga kesihatan yang bekerja dalam persekitaran yang mempunyai pelbagai kemudahan, mereka sepatutnya melakukan pemeriksaan seperti yang disarankan," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di program Nur Sejahtera anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Daerah Kota Star, di Kuala Kedah, baru-baru ini.

Lebih 400 peserta, termasuk penduduk sekitar Kuala Kedah, menghadiri majlis itu yang diadakan sehari suntuk di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Dr Annuar juga berkata, walaupun pemeriksaan pap smear bagi mengesan kanser pangkal rahim begitu mudah untuk dilakukan, kajian menunjukkan hanya 30 peratus saja wanita melakukan pemeriksaan itu.

Begitu juga dengan pemeriksaan kanser payu dara, katanya, walaupun ia boleh dilakukan sendiri, kebanyakan wanita tidak memberi perhatian sewajarnya sehinggalah masalah itu sudah mencapai peringkat kritikal.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home