Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tuesday, December 14, 2004

Its will stay, until someday

From Berita Harian

Persidangan Dewan Rakyat: Bayaran hospital kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengabaikan atau menaikkan bayaran bagi khidmat rawatan untuk rakyat tempatan di hospital awam semata-mata bagi menampung peningkatan kos rawatan, termasuk untuk merawat pekerja warga asing.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Lee Kah Choon,(gambar) bagaimanapun berkata peningkatan kos rawatan serta ubat mungkin memaksa kerajaan mengkaji semula kadar bayaran minimum supaya khidmat yang disediakan boleh berterusan.

“Namun, kita cuba menanggungnya selagi mampu dan pada masa yang sama mengkaji pendekatan lain bagi mengenakan bayaran lebih tinggi kepada warga asing,” katanya menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Lee berkata, 42,361 warga asing mendapat rawatan di hospital negara ini dengan bayaran RM19.7 juta tahun lalu manakala RM6.12 juta terpaksa ditanggung kerajaan kerana warga asing yang mendapat rawatan tidak mampu membayar.

Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan kadar bayaran rawatan kepada rakyat tempatan untuk menanggung peningkatan kos.

Lee juga bersetuju dengan Chong Eng bahawa majikan warga asing perlu bertanggungjawab menanggung kos rawatan dan memaklumkan bahawa kadar bayaran bagi golongan itu kini sudah dinaikkan.

Bayaran pesakit luar bagi warga asing dinaikkan daripada RM1 kepada RM15, bayaran memasuki wad (daripada RM3 kepada RM40) dan bayaran kecemasan (daripada RM3 kepada RM50).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home