Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tuesday, December 14, 2004

Something not to be wasted

From Berita Harian

Sungai Dua perlu peruntukan naik taraf klinik desa

KEPALA BATAS: Kerajaan diminta menyediakan peruntukan bagi membiayi kos menaikkan taraf enam klinik desa dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua bagi memudahkan penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Kerajaan juga perlu menempatkan seorang doktor di klinik berkenaan pada hari tertentu bagi membolehkan penduduk mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan pelbagai penyakit seperti di hospital dan pusat kesihatan sedia ada.

Adun Sungai Dua, Jasmin Mohamad, berkata klinik desa sedia ada di luar bandar hanya menyediakan pemeriksaan bagi ibu mengandung, tekanan darah dan khidmat kepada wanita bersalin tetapi pesakit lain terpaksa mendapatkan rawatan di sekitar dan klinik kerajaan yang jauh daripada rumah mereka.

"Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap masalah ini kerana tidak semua penduduk mempunyai kemudahan untuk pergi ke hospital atau ke klinik kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup hari keluarga Poliklinik Sungai Dua di sini, kelmarin.

Hari keluarga anjuran panel penasihat kesihatan Poliklinik Komuniti Sungai Dua itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, pergigian, kempen derma darah dan pameran kesihatan serta cabutan bertuah.

Terdahulu ketika berucap, Jasmin berkata, penduduk kawasan Sungai Dua harus mengamalkan budaya sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang bagi mencegah penyakit.

"Jika setiap rakyat di negara ini menyedari tanggungjawab menjaga kesihatan diri dan keluarga dan kerajaan tidak perlu membazirkan untuk mengadakan pelbagai kempen setiap masa," katanya.

Katanya, kerajaan membelanjakan lebih RM10 juta untuk membina poliklinik itu yang dilengkapi pelbagai peralatan untuk kemudahan penduduk setempat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home