Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tuesday, December 14, 2004

Klinik Wakaf Anyone?

From Berita Harian

Klinik Wakaf untuk umat Islam

BUKIT MERTAJAM: Hospital Pakar Bukit Mertajam (BMSH) akan membuka Klinik Wakaf di sini, bermula tahun depan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mendapatkan rawatan kesihatan sambil membantu meningkatkan dana wakaf Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Pengarah Eksekutif BMSH, Abdol Wahab Baba, berkata klinik itu menempatkan pegawai perubatan dan jururawat bakal memberikan keselesaan kepada pesakit termasuk yang kurang mampu.

Katanya, mereka hanya perlu membayar RM5 sambil menyumbang kepada dana wakaf Maipp.

Sebelum ini, BMSH di bawah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) sudah berbincang dan mendapat persetujuan Maipp untuk mewujudkan klinik terbabit yang dijangka beroperasi di sebuah rumah kedai membabitkan kos pengubahsuaian kira-kira RM38,000.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami mengadakan program komuniti termasuk menyumbang kepada dana wakaf," katanya.

Abdol Wahab berkata demikian selepas Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mahfuz Omardi, mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Abdullah, merasmikan program Mega Peraduan Mewarna dan pertandingan melukis peringkat negeri di pekarangan BMSH, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran negeri, Salleh Abdul Karim, Setiausaha Sulit Abdul Rashid, Zulkifli Kamaruddin dan pengerusi mega peraduan mewarna, Norlela Mansor.

Peraduan mewarna sempena karnival ulang tahun ke-10 BMSH, disertai lebih 400 kanak-kanak bagi mengisi tabung pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Puteri Gunung, Seberang Prai Selatan untuk membeli sebuah van serta mengadakan kelas bengkel bagi kepentingan 40 kanak-kanak istimewa.

Sebelum ini, 13 hospital pakar swasta di bawah KPJ bertempat di Batu Pahat, Johor dan Seremban sudah mewujudkan klinik wakaf sejak 1997.

Abdol Wahab berkata, BMSH turut menyediakan lebih 500 kupon perubatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan pada kadar RM25 setiap kupon sempena karnival itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home