Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tuesday, December 14, 2004

100 doktor pakar asing untuk hospital kerajaan

From Berita Harian

100 doktor pakar asing untuk hospital kerajaan

SERAMAI 100 doktor pakar dari luar negara diambil bekerja di hospital kerajaan di negeri ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan kakitangan perubatan yang semakin meruncing.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Umum Sarawak, Datuk Michael Manyin Jawong, berkata kebanyakannya berasal dari India, selain Mesir, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

"Kerajaan Sarawak setakat ini tiada pilihan lain, selain daripada mendapatkan perkhidmatan pakar perubatan asing.

"Ia penyelesaian sementara kerajaan mengatasi masalah itu," katanya ketika menggulung perbahasan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-15 (Penggal Ketiga), di sini, semalam.

Beliau berkata, tahun lalu, seorang doktor merawat kira-kira 2,399 pesakit, seorang doktor gigi pula untuk merawat 16,046 pesakit, seorang ahli farmasi untuk memberikan perkhidmatan kepada 12,726 pesakit, manakala seorang jururawat untuk melayan 1,016 pesakit.

"Nisbah ini jelas menunjukkan betapa kurangnya kakitangan perubatan di negeri ini dan kita berharaplah Kementerian Kesihatan dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Mengenai tempoh hayat lelaki dan wanita di Sarawak, katanya lelaki dijangka hidup sehingga 70.3 tahun, manakala wanita boleh mencapai purata usia 75.2 tahun.

Katanya, jumlah peratusan kanak-kanak di bawah lima tahun yang kurang zat makanan merosot kepada 1.3 peratus sehingga September tahun ini berbanding dua peratus empat tahun lalu.

"Kanak-kanak kurang zat secara sederhana dan teruk didapati di kawasan luar bandar seperti Julau, Limbang, Kapit, Lubok Antu, Pakan, Simunjan, Betong, Marudi dan Serian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home