Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Wednesday, December 15, 2004

KPJ Healthcare unggul

From Berita Harian

Kejayaan menguruskan 13 hospital swasta sejak lebih 20 tahun lalu membuktikan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) terus unggul sebagai peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini dengan modal berbayar mencecah sehingga RM210 juta.

Anak syarikat Johor Corporations itu mula menguruskan hospital swasta pada 1979 dan kini melebarkan sayap ke luar negara dengan tiga hospital di Indonesia. Kepakaran KPJ Healthcare dalam pengurusan penjagaan kesihatan turut menarik minat beberapa negara Asia lain dan terbaru dipelawa menguruskan Hospital Kontinental di Dhaka, Bangladesh.

Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim ketika mengumumkan projek terbaru syarikat berkenaan, berkata dengan pengambilalihan terbaru itu KPJ Healthcare kini bakal mengorak langkah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan di rantau ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan korporat yang terus setia bersama KPJ Healthcare, syarikat berkenaan kini memperkenalkan Kad Premier yang memberi pelbagai manfaat dan keistimewaan kepada pemegangnya.

"Pemegang kad ini akan menerima pelbagai manfaat di semua hospital KPJ Healthcare termasuk diberi keutamaan apabila berkunjung ke hospital kendalian kami. Pelanggan juga akan menikmati kadar istimewa apabila menggunakan kemudahan dan perkhidmatan kami.

"Ini adalah tanda penghargaan KPJ Healthcare terhadap keyakinan dan sokongan tidak berbelah bagi anda selama ini. Semoga dengan kehadiran Kad Premier ini akan terus bersama kami dan selesa mendapatkan perkhidmatan Kumpulan Hospital KPJ," katanya ketika berucap sempena majlis Makan Malam dan Sambutan Perayaan 2003 KPJ Healthcare, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir.

Antara kelebihan sebagai pemegang Kad Premier KPJ Healthcare itu termasuk diberi keutamaan apabila membuat temu janji di klinik hospital, potongan istimewa bayaran perkhidmatan, bilik, penggunaan makmal dan radiologi serta potongan lima peratus di semua cawangan farmasi PharmaCARE terbabit.

Selain itu, pemegang juga akan menerima baucar KPJ Health bagi program pemeriksaan perubatan percuma, kaunseling percuma untuk pengurusan berat badan dan kesejahteraan diri, kadar istimewa pemeriksaan kesihatan untuk ahli keluarga dan kadar istimewa bagi perkhidmatan ambulans dalam lingkungan 20km radius daripada hospital terbabit.

Pada majlis itu, sempena ulang tahun ke 20 Hospital Tawakal Muhammad Ali turut mengumumkan pembinaan bangunan Hospital Tawakal yang baru dengan pelaburan sehingga RM80 juta bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan pusat perubatan yang cukup dikenali di kalangan warga kota itu.

"Bangunan baru Hospital Tawakal yang masih dalam pembinaan itu adalah simbol kepada kesungguhan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan setia kami. Dengan itu kami melabur sehingga RM80 juta supaya apabila siap kelak ia adalah antara pusat perubatan yang unggul di rantau ini.

"Hospital baru itu dijangka siap sepenuhnya pada 2006 dan ini juga adalah penghargaan daripada KPJ Healthcare kepada kakitangan Hospital Tawakal yang setia bersama kami sehingga ke hari ini," katanya.

Apa yang menarik, meskipun majlis berkenaan adalah bagi meraikan kakitangan dan pelanggan setianya, KPJ Healthcare juga mengambil inisiatif bagi menyumbangkan derma kepada tiga rumah kebajikan sebagai tanda kesyukuran.

Sumbangan bernilai RM5,000 setiap satu itu disampaikan kepada wakil Kompleks Anak yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh; Desa Amal Jireh, Kajang dan PDK Kg Kenanga di Rawang

0 Comments:

Post a Comment

<< Home