Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Wednesday, December 15, 2004

Help needed

From Berita Harian

Abdul Rahman rayu ubati sakit angin ahmar

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pekerja Malaysian Shipyard & Engineering (MSE) di Pasir Gudang di sini merayu simpati orang ramai membantunya sekeluarga bagi mengubati penyakit Angin Ahmar yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Abdul Rahman Rasad (gambar) 56, bekas penyelia di bahagian cat di stor MSE di Pasir Gudang sebelum ini, dipercayai terjatuh ketika bekerja menyebabkannya koma selama sebulan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Beliau disahkan mengidap penyakit Angin Ahmar dan tidak boleh berjalan sebaik saja keluar dari hospital berkenaan.

Selepas itu, beliau tidak dapat menyambung semula pekerjannya di MSE dan sehingga kini terpaksa terlantar di rumah sebaik saja diberhentikan kerja sejak lebih setahun lalu.

Isterinya, Rahimah Bakar, berkata suaminya kini tidak lagi boleh bercakap akibat penyakit berkenaan Angin Ahmar yang menyerang bahagian sebelah badan sehingga ke mulut.

Bagaimanapun, katanya, suaminya memahami setiap patah perkataan yang dituturkan oleh semua ahli keluarga dan rakan yagn melawatnya tetapi tidak boleh bertutur hingga kini.

Abdul Rahman yang kini tinggal di Nombor 10 Jalan Bayan 28, Taman Kota Puteri, di sini mengharapkan bantuan orang ramai yang mahir mengenai penyakit Angin Ahmar membantunya supaya pulih seperti biasa.

Pasangan itu mempunyai tujuh anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan yang keanyakannya sudh berkeluarga tetapi menghadapi masalah untuk membantu kedua ibu bapa mereka.

Rahmah berkata, anak sulongnya Mohamad dan anak keduanya Abdul Rashid, kini mengalami gangguan mental menyebabkannya mereka tidak boleh bekerja dan hanya tinggal di rumah.

Katanya, anak keenamnya Mohd Yassin pula adalah kanak-kanak istimewa yang masih memerlukan jagaan yang lebih berbanding adik beradiknya yang lain.

"Saya bimbang membiarkan Mohd Yassin bermain sendirian seperti kanak-kanak normal kerana dia mudah diserang penyakit sawan yang menyebabkan beberapa bahagian anggotanya kejang jika penyakit itu datang secara tiba-tiba," katanya.

"Kedua anak perempuan saya, Norazlina dan Rosliah kini sudah berumahtangga dan mengikut suami masing-masing. Mereka tidak berupaya untuk membantu keluarga kerana mempunyai tanggungan sendiri.

"Kini saya hanya berharap kepada anak lelaki bongsu Mohd Puteri Sufi yang ketika ini masih bersekolah di Sekolah Menengah Kota Puteri," katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home