Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Wednesday, December 15, 2004

Hospital awam antara termurah di dunia

From Berita Harian

Hospital awam antara termurah di dunia

KHIDMAT perubatan hospital awam boleh disifatkan sebagai antara yang termudah dan termurah di dunia kerana rakyat mampu mendapat rawatan dengan hanya dikenakan bayaran RM1.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek, berkata rangkaian perkhidmatan juga boleh didapati di seluruh negara menerusi 130 hospital kerajaan dan kira-kira 4,000 poliklinik serta klinik desa.

"Kecekapan khidmat perubatan negara tidak wajar dipertikaikan hanya semata-mata kerana masalah tertentu seperti serangan kulat di Hospital Sultan Ismail.

“Kita akui ada kelemahan dan usaha sentiasa diteruskan bagi menangani, umpamanya langkah memendekkan masa menunggu pesakit dan penyelarasan semula penggunaan tenaga kerja.

"Antara pendekatan yang diambil ialah meminta pengarah hospital turut menjalankan tugasan klinikal," katanya menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Dr Chua berkata, buat masa sekarang 600 pengarah hospital dan pegawai kesihatan daerah diminta menjalankan kerja klinikal 10 jam seminggu selain melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Doktor dan kakitangan sokongan juga diagihkan mengikut keperluan bagi merawat pesakit selain memastikan penggunaan katil dimaksimumkan dengan mewujudkan pengurusan bersepadu.

Pada masa yang sama, doktor dan pakar perubatan bidang klinikal yang sudah bersara wajib, dilantik semula sehingga usia 65 tahun berdasarkan prestasi kerja semasa, termasuk untuk jawatan pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Justeru, Dr Chua menafikan rakyat sekarang kurang yakin dengan mutu rawatan di hospital kerajaan.

Katanya, tahun lalu saja hospital awam seluruh negara merawat 48 juta pesakit luar dan 1.7 juta yang memasuki wad manakala tahun depan dijangka 49 juta pesakit luar dan dua juta menerima rawatan di wad.

Beliau turut memaklumkan bahawa petunjuk tahap mutu perkhidmatan hospital awam adalah lebih baik berbanding swasta.

Katanya, peningkatan mutu perkhidmatan juga sedang dilaksanakan di bawah Program Kepastian Kualiti dan setakat ini 19 hospital kerajaan memperoleh ISO 9000 dan 38 hospital lagi sudah mendapat Sijil Akreditasi Hospital.

Menjawab soalan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) pula, Dr Chua berkata pengarah hospital harus seorang doktor kerana antara tugasannya ialah menyediakan laporan kaji selidik merangkumi statistik penyakit, kelahiran dan kematian serta kadar kematian bayi.

Another Opinion

From Berita Harian

Jangan salah guna khidmat kesihatan

ISU membabitkan pemberian ubat secara percuma di hospital dan kadar bayaran bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tiba-tiba menarik perhatian apabila Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad baru-baru ini menyatakan skim pemberian ubat tanpa dikenakan bayaran itu, mungkin dihentikan. Langkah itu dikatakan penting memandangkan kerajaan kini membelanjakan RM900 juta bagi membeli ubat-ubatan berbanding RM300 juta pada 1990. Ramai wakil rakyat Barisan Nasional mempersoalkan langkah itu dengan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz mempertikaikan apakah dengan memberi Panadol dan ubat-ubatan lain membebankan kerajaan. Bagaimanapun, isu itu reda berikutan jaminan Setiausaha Parlimen kementerian, Lee Kah Choon, kerajaan tidak akan dengan mudah menaikkan kadar bayaran untuk rakyat tempatan dan juga pekerja warga asing.

Bagi rakyat biasa khususnya yang berpendapatan rendah, mereka tetap boleh bergantung kepada pemberian ubat percuma dan kadar bayaran rawatan paling minimum iaitu RM1 di hospital dan klinik kerajaan. Hanya kadar rawatan bagi pekerja asing dinaikkan iaitu tidak lagi RM1 tetapi RM15 seorang bagi rawatan pesakit luar, RM40 bagi rawatan dalam wad dan RM50 bagi kecemasan. Kadar rawatan bagi pekerja asing itu sebenarnya terpaksa dinaikkan memandangkan kerajaan membelanjakan kira-kira RM6.12 juta dan mungkin lebih setahun dari segi kos kesihatan khususnya bagi menampung belanja perubatan pekerja asing yang tidak mampu tetapi perlu diberikan rawatan atas dasar perikemanusiaan.

Dalam memperkatakan soal kesihatan ini kita perlu akur kos ubat-ubatan diberikan di hospital kerajaan pasti meningkat dan hakikat bahawa kementerian perlu menghalang sistem kesihatan awam dengan kadar bayaran antara termurah di dunia, daripada disalahgunakan. Apatah lagi pemerhatian kementerian mendapati ada sesetengah pesakit yang sebenarnya mampu membayar kos perubatan tetapi diberikan ubat yang mahal harganya dengan hanya membayar RM1 di hospital awam. Lantas tidak hairanlah kementerian mengkaji kemungkinan mengenakan bayaran setimpal bagi ubat digunakan untuk merawat penyakit berpunca daripada gaya hidup golongan berada seperti kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Kerajaan sebenarnya sudah terlalu lama bermurah hati tetapi tidak seharusnya membiarkan mentaliti subsidi terus bersarang di kalangan golongan yang sebenarnya mampu membayar kos perubatan mereka. Kita mahu membantu terus pesakit kurang berada tetapi rakyat tidak boleh sentiasa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Malah sejajar perkembangan dan kemajuan negara, rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan sistem kesihatan kita.

Help needed

From Berita Harian

Abdul Rahman rayu ubati sakit angin ahmar

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pekerja Malaysian Shipyard & Engineering (MSE) di Pasir Gudang di sini merayu simpati orang ramai membantunya sekeluarga bagi mengubati penyakit Angin Ahmar yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Abdul Rahman Rasad (gambar) 56, bekas penyelia di bahagian cat di stor MSE di Pasir Gudang sebelum ini, dipercayai terjatuh ketika bekerja menyebabkannya koma selama sebulan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Beliau disahkan mengidap penyakit Angin Ahmar dan tidak boleh berjalan sebaik saja keluar dari hospital berkenaan.

Selepas itu, beliau tidak dapat menyambung semula pekerjannya di MSE dan sehingga kini terpaksa terlantar di rumah sebaik saja diberhentikan kerja sejak lebih setahun lalu.

Isterinya, Rahimah Bakar, berkata suaminya kini tidak lagi boleh bercakap akibat penyakit berkenaan Angin Ahmar yang menyerang bahagian sebelah badan sehingga ke mulut.

Bagaimanapun, katanya, suaminya memahami setiap patah perkataan yang dituturkan oleh semua ahli keluarga dan rakan yagn melawatnya tetapi tidak boleh bertutur hingga kini.

Abdul Rahman yang kini tinggal di Nombor 10 Jalan Bayan 28, Taman Kota Puteri, di sini mengharapkan bantuan orang ramai yang mahir mengenai penyakit Angin Ahmar membantunya supaya pulih seperti biasa.

Pasangan itu mempunyai tujuh anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan yang keanyakannya sudh berkeluarga tetapi menghadapi masalah untuk membantu kedua ibu bapa mereka.

Rahmah berkata, anak sulongnya Mohamad dan anak keduanya Abdul Rashid, kini mengalami gangguan mental menyebabkannya mereka tidak boleh bekerja dan hanya tinggal di rumah.

Katanya, anak keenamnya Mohd Yassin pula adalah kanak-kanak istimewa yang masih memerlukan jagaan yang lebih berbanding adik beradiknya yang lain.

"Saya bimbang membiarkan Mohd Yassin bermain sendirian seperti kanak-kanak normal kerana dia mudah diserang penyakit sawan yang menyebabkan beberapa bahagian anggotanya kejang jika penyakit itu datang secara tiba-tiba," katanya.

"Kedua anak perempuan saya, Norazlina dan Rosliah kini sudah berumahtangga dan mengikut suami masing-masing. Mereka tidak berupaya untuk membantu keluarga kerana mempunyai tanggungan sendiri.

"Kini saya hanya berharap kepada anak lelaki bongsu Mohd Puteri Sufi yang ketika ini masih bersekolah di Sekolah Menengah Kota Puteri," katanya.

KPJ Healthcare unggul

From Berita Harian

Kejayaan menguruskan 13 hospital swasta sejak lebih 20 tahun lalu membuktikan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) terus unggul sebagai peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini dengan modal berbayar mencecah sehingga RM210 juta.

Anak syarikat Johor Corporations itu mula menguruskan hospital swasta pada 1979 dan kini melebarkan sayap ke luar negara dengan tiga hospital di Indonesia. Kepakaran KPJ Healthcare dalam pengurusan penjagaan kesihatan turut menarik minat beberapa negara Asia lain dan terbaru dipelawa menguruskan Hospital Kontinental di Dhaka, Bangladesh.

Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Datuk Muhammad Ali Hashim ketika mengumumkan projek terbaru syarikat berkenaan, berkata dengan pengambilalihan terbaru itu KPJ Healthcare kini bakal mengorak langkah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan penjagaan kesihatan di rantau ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan korporat yang terus setia bersama KPJ Healthcare, syarikat berkenaan kini memperkenalkan Kad Premier yang memberi pelbagai manfaat dan keistimewaan kepada pemegangnya.

"Pemegang kad ini akan menerima pelbagai manfaat di semua hospital KPJ Healthcare termasuk diberi keutamaan apabila berkunjung ke hospital kendalian kami. Pelanggan juga akan menikmati kadar istimewa apabila menggunakan kemudahan dan perkhidmatan kami.

"Ini adalah tanda penghargaan KPJ Healthcare terhadap keyakinan dan sokongan tidak berbelah bagi anda selama ini. Semoga dengan kehadiran Kad Premier ini akan terus bersama kami dan selesa mendapatkan perkhidmatan Kumpulan Hospital KPJ," katanya ketika berucap sempena majlis Makan Malam dan Sambutan Perayaan 2003 KPJ Healthcare, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakir.

Antara kelebihan sebagai pemegang Kad Premier KPJ Healthcare itu termasuk diberi keutamaan apabila membuat temu janji di klinik hospital, potongan istimewa bayaran perkhidmatan, bilik, penggunaan makmal dan radiologi serta potongan lima peratus di semua cawangan farmasi PharmaCARE terbabit.

Selain itu, pemegang juga akan menerima baucar KPJ Health bagi program pemeriksaan perubatan percuma, kaunseling percuma untuk pengurusan berat badan dan kesejahteraan diri, kadar istimewa pemeriksaan kesihatan untuk ahli keluarga dan kadar istimewa bagi perkhidmatan ambulans dalam lingkungan 20km radius daripada hospital terbabit.

Pada majlis itu, sempena ulang tahun ke 20 Hospital Tawakal Muhammad Ali turut mengumumkan pembinaan bangunan Hospital Tawakal yang baru dengan pelaburan sehingga RM80 juta bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan pusat perubatan yang cukup dikenali di kalangan warga kota itu.

"Bangunan baru Hospital Tawakal yang masih dalam pembinaan itu adalah simbol kepada kesungguhan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan setia kami. Dengan itu kami melabur sehingga RM80 juta supaya apabila siap kelak ia adalah antara pusat perubatan yang unggul di rantau ini.

"Hospital baru itu dijangka siap sepenuhnya pada 2006 dan ini juga adalah penghargaan daripada KPJ Healthcare kepada kakitangan Hospital Tawakal yang setia bersama kami sehingga ke hari ini," katanya.

Apa yang menarik, meskipun majlis berkenaan adalah bagi meraikan kakitangan dan pelanggan setianya, KPJ Healthcare juga mengambil inisiatif bagi menyumbangkan derma kepada tiga rumah kebajikan sebagai tanda kesyukuran.

Sumbangan bernilai RM5,000 setiap satu itu disampaikan kepada wakil Kompleks Anak yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh; Desa Amal Jireh, Kajang dan PDK Kg Kenanga di Rawang

HKL need to look this

From Berita Harian

Bapa dakwa HKL cuai anak meninggal

JOHOR BAHRU: Bapa kepada seorang kanak-kanak leukemia di sini, mendakwa kecuaian kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyebabkan anaknya meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan bulan lalu.

Bapa mangsa, Pang Chee Choy, 49, kesal kerana anak lelakinya, Pang Teck Huei, 12, masih sihat ketika dibawa ke HKL pada 1 November lalu.

Katanya, ketika dimasukkan ke HKL anaknya diberi rawatan dengan badannya dimasukkan cecair mengandungi ubat dikenali sebagai MTX untuk melawan penyakit.

“Keadaan anak saya semakin tenat apabila dalam tempoh seminggu matanya mula kuning sehingga terpaksa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan sokongan hidup sebelum meninggal dunia pada 28 November lalu,” katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran di sini, semalam

Tuesday, December 14, 2004

Something not to be wasted

From Berita Harian

Sungai Dua perlu peruntukan naik taraf klinik desa

KEPALA BATAS: Kerajaan diminta menyediakan peruntukan bagi membiayi kos menaikkan taraf enam klinik desa dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua bagi memudahkan penduduk mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Kerajaan juga perlu menempatkan seorang doktor di klinik berkenaan pada hari tertentu bagi membolehkan penduduk mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan pelbagai penyakit seperti di hospital dan pusat kesihatan sedia ada.

Adun Sungai Dua, Jasmin Mohamad, berkata klinik desa sedia ada di luar bandar hanya menyediakan pemeriksaan bagi ibu mengandung, tekanan darah dan khidmat kepada wanita bersalin tetapi pesakit lain terpaksa mendapatkan rawatan di sekitar dan klinik kerajaan yang jauh daripada rumah mereka.

"Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap masalah ini kerana tidak semua penduduk mempunyai kemudahan untuk pergi ke hospital atau ke klinik kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup hari keluarga Poliklinik Sungai Dua di sini, kelmarin.

Hari keluarga anjuran panel penasihat kesihatan Poliklinik Komuniti Sungai Dua itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma, pergigian, kempen derma darah dan pameran kesihatan serta cabutan bertuah.

Terdahulu ketika berucap, Jasmin berkata, penduduk kawasan Sungai Dua harus mengamalkan budaya sihat dan mengamalkan pemakanan seimbang bagi mencegah penyakit.

"Jika setiap rakyat di negara ini menyedari tanggungjawab menjaga kesihatan diri dan keluarga dan kerajaan tidak perlu membazirkan untuk mengadakan pelbagai kempen setiap masa," katanya.

Katanya, kerajaan membelanjakan lebih RM10 juta untuk membina poliklinik itu yang dilengkapi pelbagai peralatan untuk kemudahan penduduk setempat.

Public faith in government hospitals

From NSTP

DEWAN RAKYAT, Dec 14:
------------------------------------------------------------------------
THE rising number of people seeking treatment in government hospitals is proof that the public has faith in them, Health Minister Datuk Dr Chua Soi Lek told the Dewan.

He said last year, 48 million outpatients and 1.7 million inpatients were treated at government hospitals.

"We expect next year's figures to reach 49 million and two million respectively," he said.

He said the yearly increase is due to the cheap but high-quality services provided.

"Nowhere in the world can you get quality medical treatment for RM1. Nineteen government hospitals have ISO 9000 status and 38 achieved the Hospitals Accreditation Certificate.

"Because of this, people have faith in our services and continue to use our hospitals."

Dr Chua was speaking after replying to Fong Po Kuan (DAP- Batu Gajah) inside the Dewan Rakyat.

He said 60 per cent of the country's doctors who work in Government hospitals treat 80 per cent of the population, while the rest treat the remaining 20 per cent of Malaysians in private hospitals.

Another opinion

From Berita Harian

Bayaran perubatan, ubat patut lebih munasabah

PERKHIDMATAN kesihatan adalah antara keperluan asasi dengan setiap negara mempunyai skim perkhidmatan kesihatan tersendiri. Di United Kingdom misalnya, ada National Health Service, manakala Amerika Syarikat menggunakan sistem berasaskan insurans.

Malaysia bagaimanapun masih tercari-cari formula yang paling praktikal. Apakah kita masih mahu mengekalkan sistem sedia ada atau perlu menukar kepada sistem lain yang dirasakan lebih sesuai?

Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana kerajaan memberi subsidi yang besar untuk rawatan khususnya bagi pesakit luar.

Dengan hanya RM1 untuk pesakit luar dan RM5 di klinik pakar, seseorang boleh mendapat pelbagai ubat untuk tempoh yang cukup lama (hingga tiga hingga enam bulan) dan nilainya kadangkala mencecah ribuan ringgit.

Suatu ketika dulu pegawai perubatan dibenarkan memberi ubat hingga enam bulan atau setahun (syukur perkara ini tidak dibenarkan lagi).

Atas dasar itulah wujud pelbagai penyalahgunaan antaranya pesakit membuang ubat, tidak menyimpannya dengan baik, kehilangan ubat dan memberi kepada orang lain.

Pendek kata ramai pesakit tidak menghargai ubat yang diperoleh. Maklumlah mereka cuma perlu membayar RM1. Harga teh ais di kedai mamak lebih mahal daripada itu.

Ada juga orang yang berkemampuan sengaja tidak mahu membeli ubat mahal, sebaliknya sanggup menggunakan pengaruh politik, orang dalam dan sebagainya untuk memastikan hospital membeli ubat tertentu menerusi pesanan khas walaupun pada hakikatnya mereka mampu membelinya.

Ada juga syarikat besar yang enggan menyediakan klinik panel kepada pekerja khususnya golongan bawahan untuk mendapat rawatan di klinik tetapi bagi mereka yang berpangkat tinggi boleh mendapatkan rawatan di klinik dan hospital swasta tanpa had.

Mereka sanggup menyediakan kenderaan untuk membawa pekerja yang sakit ke hospital kerajaan kerana lebih murah dan mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan.

Akibatnya kerajaan menanggung beban yang begitu besar sedangkan wang itu boleh disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan atau diguna untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan.

Saya ingin mengemukakan cadangan yang mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini seperti:

l Menaikkan kadar bayaran.

Bayaran asas RM1 dan RM5 tidak munasabah ketika ini kecuali kepada mereka yang kurang berkemampuan. Golongan ini perlu dibenarkan mendapat rawatan pada harga sedia ada atau dikecualikan daripada membuat pembayaran.

Bayaran antara RM5 hingga RM10 untuk pesakit luar atau antara RM15 hingga RM30 untuk klinik pakar lebih munasabah. Satu lagi cara ialah menetapkan bayaran berdasarkan jenis dan jumlah ubat yang diambil. Mereka yang memerlukan banyak ubat perlu membayar lebih daripada mereka yang memerlukan sejenis ubat saja.

Mereka yang memerlukan ubat yang mahal perlu membayar lebih daripada mereka yang memerlukan ubat biasa atau ubat yang murah.

l Memberi preskripsi yang lebih rasional.

Doktor juga perlu lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Memberi ubat pada jangka masa yang terlalu lama boleh mengundang masalah. Ubat yang diberi perlu berdasarkan penyakit dan bukan semata-mata simptom yang dialami pesakit. Memberi preskripsi ubat secara berlebihan atau pelbagai jenis tidak digalakkan dalam bidang perubatan.

l Klinik panel untuk syarikat besar.

Syarikat besar dimestikan ada klinik sendiri di tempat kerja mereka. Agak aneh bagi syarikat yang mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit enggan menyediakan kemudahan kepada pekerja.

l Sistem insurans kesihatan yang lebih teratur.

Buat masa ini kebanyakan syarikat insurans hanya pandai menabur janji kepada orang ramai. Kebanyakan pesakit mempunyai skim insurans tetapi mereka sering menghadapi masalah ketika membuat tuntutan. Pada ketika ini, syarikat insurans memberi pelbagai alasan kenapa mereka tidak boleh menanggung kos rawatan itu.

Penyakit jiwa atau berkaitan emosi khususnya tidak langsung mendapat perhatian syarikat insurans. Tidak ada syarikat insurans yang mahu membiayai kos rawatan pesakit jiwa atau gangguan emosi walaupun semakin ramai rakyat Malaysia yang mengalaminya sekarang.

Pada permulaan, syarikat besar perlu diwajibkan membeli insurans untuk semua pekerja sama ada secara sepenuhnya atau melalui subsidi. Syarikat insurans pula perlu lebih jujur dan tidak membuat pelbagai alasan untuk mengelak pembayaran.

Rawatan untuk pesakit luar juga perlu diberi perhatian kerana kebanyakan syarikat insurans tidak mahu membayar kos rawatan pesakit luar. Rawatan juga perlu menyeluruh dan tidak terhad kepada penyakit tertentu saja.

Saya berharap cadangan ini membantu menyelesaikan masalah yang hadapi kerajaan. Kita mengharapkan sesuatu dapat dilakukan demi masa depan anak kita dan mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

DR 1,
Alor Star
.

Klinik Wakaf Anyone?

From Berita Harian

Klinik Wakaf untuk umat Islam

BUKIT MERTAJAM: Hospital Pakar Bukit Mertajam (BMSH) akan membuka Klinik Wakaf di sini, bermula tahun depan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mendapatkan rawatan kesihatan sambil membantu meningkatkan dana wakaf Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Pengarah Eksekutif BMSH, Abdol Wahab Baba, berkata klinik itu menempatkan pegawai perubatan dan jururawat bakal memberikan keselesaan kepada pesakit termasuk yang kurang mampu.

Katanya, mereka hanya perlu membayar RM5 sambil menyumbang kepada dana wakaf Maipp.

Sebelum ini, BMSH di bawah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) sudah berbincang dan mendapat persetujuan Maipp untuk mewujudkan klinik terbabit yang dijangka beroperasi di sebuah rumah kedai membabitkan kos pengubahsuaian kira-kira RM38,000.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami mengadakan program komuniti termasuk menyumbang kepada dana wakaf," katanya.

Abdol Wahab berkata demikian selepas Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mahfuz Omardi, mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Abdullah, merasmikan program Mega Peraduan Mewarna dan pertandingan melukis peringkat negeri di pekarangan BMSH, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran negeri, Salleh Abdul Karim, Setiausaha Sulit Abdul Rashid, Zulkifli Kamaruddin dan pengerusi mega peraduan mewarna, Norlela Mansor.

Peraduan mewarna sempena karnival ulang tahun ke-10 BMSH, disertai lebih 400 kanak-kanak bagi mengisi tabung pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Puteri Gunung, Seberang Prai Selatan untuk membeli sebuah van serta mengadakan kelas bengkel bagi kepentingan 40 kanak-kanak istimewa.

Sebelum ini, 13 hospital pakar swasta di bawah KPJ bertempat di Batu Pahat, Johor dan Seremban sudah mewujudkan klinik wakaf sejak 1997.

Abdol Wahab berkata, BMSH turut menyediakan lebih 500 kupon perubatan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan pada kadar RM25 setiap kupon sempena karnival itu.

Why and why

From Malay Mail

Why ventilators are avalaible mostly in bigger hospitals

KUALA LUMPUR: Ventilators are only available in big hospitals in the country where there are specialised personnel to man the machine.

While there are some district hospitals with the machines, there are also those without them, said Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

“So, I am not surprised if many district hospitals do not have neo-natal facilities like ventilators.

“This is not news to me,” said Dr Abdul Latiff after launching Fomema Mobile service - a Short Messaging System (SMS) at PWTC yesterday.

He said this when asked why district and smaller hospitals did not have ventilators, following Putrajaya hospital’s predicament on Dec 1 when it was forced to send a sick baby 180km to Muar hospital in Johor.

The machines at Putrajaya hospital on that day were all fully utilised and the doctors could not source for a ventilator within the Klang Valley.

Hence, the decision to send the baby to Muar Hospital.

Dr Abdul Latiff pointed out that the Muar hospital was the nearest and there was a doctor accompanying the baby.

He defended Putrajaya hospital’s decision to send the baby to Muar hospital and described the predicament faced by the hospital that day as a rare one.

Dr Abdul Latiff explained that there should be a “neonate position” at a hospital so that ventilator machines, costing about RM50,000 each, could be used.

“Otherwise, it is not practical to have one at a hospital that does not have proper personnel to handle the machine.

“That is why only a few big hospitals have such child specialists who can man the machines,” he said, adding that the Ministry has enough trained personnel to carry out such tasks.

On another note, Dr Abdul Latiff said a memoranda had been presented to the Cabinet, requiring all foreign workers to undergo medical examination within one month upon entering the country.

This was to ensure they did not spread any communicable disease to the Malaysian public.

Police helping hand

From Berita Harian

Polis bantu bawa pesakit

DUNGUN: Polis terpaksa menggunakan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawa dua pesakit ke Hospital Dungun berikutan jalan utama di daerah ini terputus akibat banjir.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Ghafar Rajab, berkata mangsa pertama Mat Amin Mat, 86, dari Kampung Durian Mentangau, dekat sini yang menghidap penyakit jantung diterbangkan helikopter kira-kira jam 8.30 pagi.

Beliau berkata tiga jam selepas itu, khidmat helikopter diperlukan untuk membawa seorang lagi pesakit Nor Azratul Syalya Ahmad, 13, dari Kampung Bukit Besi ke HD kerana sakit apendiks.

"Kedua-dua pesakit itu diturunkan di kawasan lapang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun sebelum dihantar ke hospital," katanya ketika ditemui di bilik gerakan IPD Dungun, semalam.

100 doktor pakar asing untuk hospital kerajaan

From Berita Harian

100 doktor pakar asing untuk hospital kerajaan

SERAMAI 100 doktor pakar dari luar negara diambil bekerja di hospital kerajaan di negeri ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan kakitangan perubatan yang semakin meruncing.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Umum Sarawak, Datuk Michael Manyin Jawong, berkata kebanyakannya berasal dari India, selain Mesir, Myanmar, Indonesia dan Pakistan.

"Kerajaan Sarawak setakat ini tiada pilihan lain, selain daripada mendapatkan perkhidmatan pakar perubatan asing.

"Ia penyelesaian sementara kerajaan mengatasi masalah itu," katanya ketika menggulung perbahasan sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-15 (Penggal Ketiga), di sini, semalam.

Beliau berkata, tahun lalu, seorang doktor merawat kira-kira 2,399 pesakit, seorang doktor gigi pula untuk merawat 16,046 pesakit, seorang ahli farmasi untuk memberikan perkhidmatan kepada 12,726 pesakit, manakala seorang jururawat untuk melayan 1,016 pesakit.

"Nisbah ini jelas menunjukkan betapa kurangnya kakitangan perubatan di negeri ini dan kita berharaplah Kementerian Kesihatan dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Mengenai tempoh hayat lelaki dan wanita di Sarawak, katanya lelaki dijangka hidup sehingga 70.3 tahun, manakala wanita boleh mencapai purata usia 75.2 tahun.

Katanya, jumlah peratusan kanak-kanak di bawah lima tahun yang kurang zat makanan merosot kepada 1.3 peratus sehingga September tahun ini berbanding dua peratus empat tahun lalu.

"Kanak-kanak kurang zat secara sederhana dan teruk didapati di kawasan luar bandar seperti Julau, Limbang, Kapit, Lubok Antu, Pakan, Simunjan, Betong, Marudi dan Serian.

Its will stay, until someday

From Berita Harian

Persidangan Dewan Rakyat: Bayaran hospital kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengabaikan atau menaikkan bayaran bagi khidmat rawatan untuk rakyat tempatan di hospital awam semata-mata bagi menampung peningkatan kos rawatan, termasuk untuk merawat pekerja warga asing.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Lee Kah Choon,(gambar) bagaimanapun berkata peningkatan kos rawatan serta ubat mungkin memaksa kerajaan mengkaji semula kadar bayaran minimum supaya khidmat yang disediakan boleh berterusan.

“Namun, kita cuba menanggungnya selagi mampu dan pada masa yang sama mengkaji pendekatan lain bagi mengenakan bayaran lebih tinggi kepada warga asing,” katanya menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).

Lee berkata, 42,361 warga asing mendapat rawatan di hospital negara ini dengan bayaran RM19.7 juta tahun lalu manakala RM6.12 juta terpaksa ditanggung kerajaan kerana warga asing yang mendapat rawatan tidak mampu membayar.

Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan kadar bayaran rawatan kepada rakyat tempatan untuk menanggung peningkatan kos.

Lee juga bersetuju dengan Chong Eng bahawa majikan warga asing perlu bertanggungjawab menanggung kos rawatan dan memaklumkan bahawa kadar bayaran bagi golongan itu kini sudah dinaikkan.

Bayaran pesakit luar bagi warga asing dinaikkan daripada RM1 kepada RM15, bayaran memasuki wad (daripada RM3 kepada RM40) dan bayaran kecemasan (daripada RM3 kepada RM50).

Monday, December 13, 2004

Just Another Complaint

From NSTP

Rude reception at KLH neuro pharmacy

Dec 13:
--------------------------------------------------------------------------------

WAS at the KL Hospital nephrology clinic for routine check last month. As my turn came, I was pleasantly surprised to meet two wonderful specialists.
For a moment, I thought that at last all the talk by the Health Minister was beginning to pay dividends. They prescribed a new drug, and since it was not available at the pharmacy, the doctors asked if I could collect it at the neuro pharmacy and I obliged. When I reached the place, I saw two pharmacists casually chatting with each other. They looked quite relaxed.

The moment I showed the prescription, the attending pharmacist seemed to be visibly annoyed. She asked me why I could not collect the medicine at the other pharmacy.

When I said I came at the request of the doctors, the curt response was "The doctors know nothing. The next time, collect the prescription at the other pharmacy." Anyone in my position would be confused. On one side of the hospital it is first-class consultancy and on the other, it is a display of third-class mentality. JS Kuala Lumpur.

What a wasted

From NSTP

RM6m spent yearly on foreigners’ medical expenses

DEWAN RAKYAT, Dec 13:
--------------------------------------------------------------------------------

THE Government has to foot a bill of about RM6 million, and probably much more, every year in medical costs incurred by foreign workers in government hospitals.
This is because the Government is forced to bear healthcare costs when foreign workers are unable, or unwilling, to pay when they go to government hospitals.

Health Ministry parliamentary secretary Lee Kah Choon said due to the unrecorded number of foreign workers, the Government was unsure of the actual amount spent to treat them in government hospitals.

"There is no way of recovering the money. On humanitarian grounds, we still treat them and have to absorb medicine and surgery costs," he said, adding treatment for contagious diseases like malaria was also sought.

Because of their illegal status, they did not have insurance or legal papers, thus the Government was unable to trace them to pay up. As for legal workers, their employers were obliged to pay the hospital bills.

Lee, speaking in the Parliament lobby, said there were not many alternatives to solving the problem apart from the revised charges introduced at government hospitals for foreign workers in the middle of this year.

"The revision is one way of ensuring employers take care of their employees and that they take them to private clinics," he said.

On another matter, he said the Health Ministry's plan of charging the public for treatment at government hospitals would be implemented rationally, and that the plan was "a long way off" from being implemented.

"The overall fundamental policy has always been a free medical system.

"To move away from that would be a major shift which requires major consideration and study," he said.

He said the Government needed to ensure that it could bear the cost of the present system.

"Every year, the healthcare budget allocation is about RM7 or RM8 billion. We only get back about RM150 million. If we do not change the system, then we have to see whether we can sustain the cost," he said.

Earlier when replying to a supplementary question by Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading), Lee said the comment by Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad was "merely a suggestion" and that the Government would maintain free healthcare services if it could afford it.

To another supplementary question by Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam), Lee said foreign workers were charged RM15 for outpatient treatment, RM40 for inpatient and RM50 for emergencies.

Each category was previously charged RM1, the same as Malaysians.

9T9: So can we call this, what a wasted...

Just another letter

From Utusan Online

Musykil farmasi jual benda mencurigakan

Saudara Pengarang,
SAYA berasa hairan dan keliru dengan fungsi kedai farmasi yang kian menjadi tumpuan para pelanggan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti kita sedia maklum, selain hospital dan klinik, farmasi sering menjadi tumpuan untuk membeli ubat-ubatan kerana menjimatkan masa, tenaga dan dapat menggelakkan kesesakan lalu lintas kerana lebih dekat dan mudah didapati dengan segera.

Persoalannya wajarkah kedai farmasi menjual barang-barang haram semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlebihan?

Saya pernah bekerja di sebuah kedai farmasi dan di sini ingin berkongsi pengalaman. Saya amat berminat dalam bidang farmasi, malangnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak cukup kuat untuk saya menceburi bidang farmasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Walaupun bekerja di farmasi dalam usia yang mentah tetapi saya dapat mengenali ubat-ubatan yang dijual dan dibeli oleh pelanggan.

Kedai farmasi tempat saya bekerja dahulu menjual tiga jenis jarum berwarna perak (kuning), biru dan putih berharga 50 sen dan jarum yang panjang berharga RM1.00. Saya dapat membezakan antara ubat dan benda haram, kerana saya bukannya buta ilmu.

Semasa saya baru bekerja di situ, saya dimarahi oleh majikan kerana tidak memasukkan `ubat' seperti yang digelarkannya ke dalam plastik. Semestinya pelanggan yang membeli jarum menggunakannya untuk dadah. Ada yang saya lihat begitu selekeh dan yang paling menyedihkan kebanyakannya adalah lelaki Melayu.

Disebabkan ada peniaga yang ingin mengaut keuntungan sehingga berani menjual benda haram ini sekali gus meningkatkan lagi bilangan penagih dadah. Hanya jarum penagih dadah sahaja dijual dalam kedai tersebut.

Seorang pekerja Melayu yang lebih senior daripada saya memberitahu bahawa pil ekstasi turut dijual tiga atau empat biji sekotak dengan harga RM20 dan ubat sirap yang boleh memabukkan.

Sebagai seorang Islam saya dikira bersubahat tetapi sekarang saya telah berhenti daripada kerja itu.

Kepada pihak yang terlibat saya berharap supaya tidak membelakangkan undang-undang kerajaan semasa berniaga dan insaflah.

Semoga pihak Kementerian Kesihatan dapat memantau dan membuat pemeriksaan mengejut di kedai-kedai farmasi atau pun menyamar sebagai pembeli.

Dengan cara ini dapat mengatasi penjualan ubat-ubat secara tidak betul. Sesungguhnya golongan bijak pandai adalah golongan yang tahu hukum alam dan undang-undang negara. - PERINTIS KEADILAN, Selangor.

Just another news

From Utusan Online

Bekas menteri ditangkap

BANGKOK 30 Okt. - Bekas Menteri Kesihatan Thailand, Rakkiat Sukthana yang didapati bersalah menerima rasuah daripada sebuah syarikat farmasi telah ditangkap berdekatan Bangkok hari ini, kata seorang pegawai polis.

Rakkiat yang menghilangkan diri sejak 19 September 2003 ditangkap ketika sedang melakukan aktiviti senaman di sebuah taman di wilayah Nonthaburi, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.

Beliau enggan memberikan maklumat lanjut.

Mahkamah Agung Thailand pada Oktober 2003 menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Rakkiat kerana menerima lima juta baht (RM462,954) daripada TNP Health Care Co. sebagai pertukaran kepada pembelian bekalan perubatan untuk hospital kerajaan yang berharga 10 kali lebih tinggi daripada biasa.

Hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran Rakkiat di mahkamah.

Rakkiat dipaksa meletakkan jawatannya pada lewat 1988 selepas tuduhan pertama mendakwa beliau menerima rasuah pada 1997 hingga 1998.

Kes terhadap Rakkiat merupakan sebahagian daripada penyiasatan antirasuah selepas Suruhanjaya Antirasuah (NCC) mendapati beliau gagal mengisytiharkan hartanya bernilai beratus-ratus ribu dolar dalam bentuk tunai dan hartanah.

NCC berkata, kemewahannya itu mungkin kebanyakan diperoleh daripada aktiviti rasuah.

Mahkamah Perlembagaan pada 16 September 2003 mendapati Rakkiat bersalah menyembunyikan aset-aset dan mengharamkan beliau menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan selama lima tahun.

Pada 1 Oktober 2003, Mahkamah Agung mengarahkan aset Rakkiat yang bernilai 233.9 juta baht (RM21.66 juta) di rampas kerana membuat pengisytiharan harta palsu. - AP

Flooded Hospital



KAKITANGAN Hospital Kota Bharu memindahkan pesakit berikutan banjir memasuki kawasan hospital berkenaan termasuk wad pesakit. - Gambar Haris Ibrahim.

Sunday, December 12, 2004

Finally what people said counts.

From Utusan Online

Jual ubat: Kementerian tunggu reaksi orang ramai

Oleh Sadatul Mahiran Rosli

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Kementerian Kesihatan akan mendapatkan maklum balas daripada orang ramai sebelum melaksanakan cadangan untuk menghentikan pemberian percuma ubat-ubat berharga murah tertentu kepada pesakit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, maklum balas itu penting untuk mengetahui kesanggupan orang ramai dan jenis ubat yang mampu dibeli oleh mereka.

Menurutnya, daripada maklum balas tersebut, barulah kementerian boleh membuat kajian terperinci mengenai ubat yang perlu atau sebaliknya dihentikan pemberian secara percuma.

``Cadangan tersebut memang ada dibincangkan di peringkat kementerian tetapi bukanlah untuk dilaksanakan dalam masa terdekat ini,'' katanya ketika dihubungi oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Kementerian Kesihatan untuk menghentikan pemberian percuma ubat-ubat berharga murah tertentu kepada pesakit dan sebaliknya meminta mereka membelinya dari kedai ubat atau farmasi swasta.

Menurut Abd. Latiff, cadangan itu diutarakan memandangkan keadaan yang berlaku sekarang di mana kebanyakan pesakit lebih suka membeli ubat-ubat yang berharga murah di kedai atau farmasi tanpa perlu pergi ke hospital awam.

Ubat-ubat yang dicadangkan untuk dihentikan ialah seperti paracetamol (ubat demam), ubat penahan sakit dan piriton (ubat selesema) yang boleh diperolehi di luar dengan harga yang murah dan kos ubat berkenaan kurang daripada 10 sen setiap biji.

Tambahnya, jika orang ramai telah mula mampu membeli ubat-ubat yang murah itu di kedai ubat, maka kementerian boleh menggunakan subsidi dan peruntukan wang untuk ubat tersebut untuk menampung ubat-ubat yang mahal.

``Bagaimanapun, kementerian tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang drastik jika didapati orang ramai masih memerlukan pemberian ubat percuma,'' katanya.


9T9: But who really can ensured this...

What people said - in mono tone.

From Utusan Online

Orang ramai berbelah-bahagi cadangan henti ubat percuma

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Orang ramai berbelah-bahagi dan mengambil sikap berhati-hati dengan cadangan kerajaan untuk menghentikan pemberian ubat murah tertentu secara percuma kepada semua pesakit.

Menurut mereka, jika cadangan itu hanya melibatkan pesakit berkemampuan maka ia wajar dilaksanakan.

Mereka berpendapat golongan miskin masih perlu dibantu dengan kemudahan tersebut kerana ia tertakluk di bawah tanggungjawab kementerian dan kerajaan.

Seorang guru, Mohd. Fadzillah Zainal, 34, berkata, tindakan menghentikan pemberian ubat murah secara percuma itu akan memberi manfaat jika ia digantikan dengan pemberian percuma ubat yang lebih mahal dan tidak melibatkan golongan miskin.

``Jika tindakan ini dapat digantikan dengan pemberian percuma bagi ubat yang mahal, ia seperti memberi peluang kepada pesakit yang tidak mampu untuk mendapatkan ubat mereka.

``Pelaksanaan ini secara tidak langsung akan menjadi satu kerja amal yang dapat disumbangkan kepada golongan yang susah,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norlela Mahat, 33, juga seorang guru berkata, tindakan itu adalah wajar bagi pesakit yang berkemampuan namun ia tidak patut dilaksanakan kepada pesakit daripada keluarga miskin.

Jelasnya, negara ini masih mempunyai penduduk yang miskin yang tidak mampu walaupun untuk membeli ubat yang murah.

``Lagipun kerajaan perlu sedar bahawa kesihatan penduduknya adalah tanggungjawab kementerian dan mereka yang miskin perlu dibantu,'' katanya.

Mereka berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kementerian Kesihatan yang membayangkan kemungkinan menghentikan pemberian ubat-ubat berharga murah tertentu kepada pesakit.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad berkata, untuk percubaan, farmasi swasta akan diwujudkan di Hospital Putrajaya dan Selayang untuk pesakit membeli ubat tertentu yang tidak lagi dibekalkan oleh hospital kerajaan.

Difahamkan, antara ubat yang paling banyak diberikan secara percuma ialah Paracetamol (ubat demam), ubat penahan sakit dan Piriton (selesema) yang mana kosnya kurang daripada 10 sen sebiji.

Seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Thevaki, 51, berpendapat, tidak semua pesakit dapat membeli ubat yang mereka perlukan terutama golongan miskin.

``Bagaimanapun, jika tujuan pelaksanaannya baik, tidak ada masalah untuk rakyat menerimanya. Apa yang kita harapkan kebajikan orang miskin tidak diabaikan,'' katanya.

Seorang pesakit luar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang ingin dikenali sebagai Mohamad Fakir, 32, berkata, pelaksanaan cadangan tersebut akan membebankan golongan yang tidak mampu seperti pesakit-pesakit miskin.

Bagaimanapun, seorang pesara, K. Chinnih, 57, mempunyai pendapat yang berbeza. Katanya, tindakan menghentikan pemberian percuma ubat murah itu patut dijalankan kerana majoriti rakyat Malaysia mampu membeli ubat terbabit.

Bagi seorang akauntan, Pui Yee Lew, 37, juga bersetuju dan berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan kerana banyak ubat murah tidak digunakan oleh pesakit sebaliknya dibuang begitu sahaja.

``Cadangan ini boleh mengelakkan pembaziran tetapi pelaksanaannya perlu dilakukan dengan terperinci bagi mengelakkan mereka betul-betul tidak mampu, teraniaya,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. N. Arumugam berkata, kerajaan perlu mengkaji keberkesanan operasi farmasi swasta yang akan diwujudkan apabila cadangan menghentikan pemberian percuma ubat berharga murah dilaksanakan kelak.

Katanya, jika dua buah farmasi swasta akan diwujudkan di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang, Selangor didapati berkesan, kerajaan boleh mewujudkan lebih banyak farmasi swasta di hospital lain.

Arumugam menambah, beliau yakin cadangan menghentikan pemberian percuma ubat berharga murah kepada pesakit dapat mengelak kerajaan menanggung kos tinggi dalam menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat.

``Namun, saya tetap menyokong cadangan kementerian untuk terus menyediakan perkhidmatan ubat secara percuma kepada individu tidak berkemampuan,'' ujarnya.


From Berita Harian

Syor tubuh farmasi swasta dibantah

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengkaji semula cadangan mewujudkan farmasi swasta di setiap hospital kerajaan untuk menjaga kepentingan pesakit miskin, kata Ketua Biro Sukan dan kebudayaan Pemuda Gerakan, S Paranjothy.

“Jika kerajaan masih tetap dengan keputusannya untuk melaksanakan cadangan itu, saya yakin ramai antara mereka (golongan miskin) yang tidak mampu membeli ubat yang dicadangkan akan merana,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam bagi mengulas pengumuman mengenai cadangan itu oleh Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Menteri itu berkata kerajaan memberi subsidi berjumlah RM800 juta daripada kos ubat-ubatan setiap tahun bagi para pesakit yang membayar hanya RM1 bagi semua ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata amalan sesetengah doktor di hospital kerajaan yang memberikan ubat secara berlebihan dan tidak perlu kepada pesakit juga akan dihentikan bagi mengelakkan pembaziran.

“Saya membantah langkah mewujudkan farmasi swasta di hospital kerajaan. Menteri itu berkata pesakit tidak menghargai rawatan yang diberikan untuk nilai RM1 dan sudah menjadi lumrah manusia untuk berfikir apabila benda murah tentu berkualiti rendah. Mungkin beliau (menteri) perlu memberitahu rakyat mengapa beliau membuat keputusan itu,” katanya.

Paranjothy juga berkata, arahan kepada semua doktor di hospital kerajaan supaya tidak memberikan ubat secara berlebihan adalah ‘secara langsung mencampuri kebebasan profesional dan pengendalian doktor kerajaan’.

What up doc said - in defense mode.

From The Star

MMA: Government doctors not over-prescribing

By SHAHANAAZ HABIB

KUALA LUMPUR: Government doctors are not over-prescribing medicine. The high government spending for medicine is because the drugs to treat chronic illnesses such as heart diseases, diabetes, high blood pressure are generally expensive, said the Malaysian Medical Association (MMA).

MMA president Datuk Dr N. Arumugam said if government hospitals stopped giving chronic illness medicine free or cheap to patients, this might discourage some patients from taking the medication without them realising this would cause them serious medical complications.

“If you lose out on early treatment of these diseases, then you are going to transfer the cost of medicine to the cost of hospitalisation,” he said.

On Friday, Deputy Health Minister Dr Abdul Latif Ahmad said the Government spent RM800mil a year on medicine. He believed a substantial amount of money could be saved if doctors did not over-prescribe drugs, adding that some even prescribed five days' treatment with antibiotics for a simple viral infection.

Dr Arumugam said it was always difficult to say what the appropriate prescription should be for each individual because some come from far away and waited for hours before they could see the doctor.

“Asking them to come back after two days might not be appropriate as it bogs down the already crowded government hospitals.”

He stressed that drugs for chronic illnesses made up the bulk of expenses.

“One of the reasons the government spending for medicine is up is because we have become more efficient in treating the chronically ill.”

Dr Arumugam said the Government should continue to supply the poor with medicine for free and charge the moderate-income group a nominal fee of RM3 or RM5.

He also pointed out that some big companies and multinationals exploited government hospitals to keep medical bills down, sending their employees with chronic illnesses there to get free medicine.

Social activist Tan Sri Lee Lam Thye said: ”If the Government decides not to prescribe free medicine, it must ensure the poor will continue to get free medication.”

Dr Latif had said that the Government would ask patients to buy medicine from private pharmacies, adding that the poor, however, would continue to get them for free.

National Association of Malaysian Government Pensioners president Tan Sri Abdullah Ayub said it was reasonable for the Government to expect patients to pay a little more for medicine.

Saturday, December 11, 2004

Govt Hospital Going To Another Business??

Just wondering when reading this. Is this just another excuses for them to make another kind of business here. Yes that right, this is a very big business mates. When something necessary for ALL (but not ALL can afford it right), we put pricetag on it. Even we just only can afford the generic one. Sorry if Im too sceptical on this. Any feedback out there??

From Utusan Online

Cadangan henti ubat percuma - Pesakit diminta membeli di kedai ubat hospital awam atau farmasi swasta

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kementerian Kesihatan bercadang menghentikan pemberian percuma ubat-ubat berharga murah tertentu kepada pesakit dan sebaliknya meminta mereka membelinya dari kedai ubat atau farmasi swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, untuk percubaan, farmasi swasta akan diwujudkan di Hospital Putrajaya dan Selayang bagi memudahkan pesakit apabila diminta membeli ubat tertentu yang tidak lagi dibekalkan oleh hospital berkenaan.

``Akan tiba masanya rakyat Malaysia perlu membeli ubat mereka sendiri,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Saintifik ke-6 Mahasiswa Pergigian di Universiti Malaya di sini hari ini.

Difahamkan, antara ubat yang paling banyak diberikan kepada pesakit hospital awam ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selesema) yang mana kos ubat berkenaan kurang daripada 10 sen setiap biji.

Menurutnya, keperluan ubat-ubatan rakyat negara ini bagi setiap tahun berjumlah RM1.2 bilion.

``Daripada jumlah tersebut, lebih separuh atau RM800 juta ditanggung oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan,'' katanya.

Dr. Abd Latiff berkata, kementerian akan mengawal harga ubat yang dijual farmasi berkenaan supaya tiada pihak akan mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi.

Selain itu amalan doktor di hospital kerajaan yang memberikan ubat secara berlebihan dan tidak perlu kepada pesakit juga akan dihentikan bagi mengelakkan pembaziran.

``Oleh itu kita ingatkan mereka (doktor) agar lebih berhati-hati ketika memberi ubat supaya tidak membazir,'' ujarnya.

Katanya, langkah ini terpaksa diambil kerana kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam menyediakan kemudahan kesihatan untuk rakyat.

Menurutnya, sebagai contoh, bekalan ubatan untuk seorang pesakit diabetis ialah RM2,000 sebulan.

Walaupun begitu beliau menegaskan, rakyat miskin tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan terus memberikan kemudahan perubatan percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan.


From The Star

Prevent wastage of medicine, doctors advised

BY K. PARKARAN

KUALA LUMPUR: Some doctors in public hospitals overprescribe medicine or give a longer course of treatment which results in wastage, Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad said.

He said there must be a serious commitment on the part of government doctors and hospital administrators to check this trend as a substantial amount of money could be saved.

Dr Latiff said his statement on the matter should not be misconstrued as “disturbing the clinical liberty of doctors in public hospitals.”

“Instead of giving 10 tablets, they would give 20. There is a lot of wastage. What I am saying is that if a patient comes with a simple respiratory tract infection and suffers from fever, cough and running nose, most doctors prescribe a two-day treatment with no antibiotics.


“However, some of them prescribe five days of treatment with antibiotics even for a viral infection. There is normally no need for antibiotics here. Only in exceptional cases do you give antibiotics,” he said in an interview yesterday.

Dr Latiff said that three days of medicine were wasted in such cases, adding that the Government spent some RM800mil a year to subsidise the cost of drugs for patients, who pay only RM1 for all drugs prescribed by doctors at government hospitals or clinics.

“For instance, patients with hypertension or diabetes need a three-month supply of medicine for which they only pay RM1. They will not appreciate it,” he said, adding that some patients would ask for the medicine again when they lose it.

Citing another example, he said patients suffering from hypertension were sometimes given three types of drugs even when it was not necessary.

He said one was to relax the muscles of the vessels, another for the kidney and the third for the brain, adding that only certain cases needed all three drugs.

Dr Latiff said that for a patient suffering from diabetes and high blood pressure, medication for two months could easily cost about RM2,000 if medicines were overprescribed.

“Doctors could save the Government RM1,000 if they put in some effort in prescribing the appropriate medicine,” he said.

He said that during the recession in 1997, the Government had to reduce funds for drugs and hospitals “tailored” their needs according to the money available by cutting down on overprescription.

“I am sure this can be done now. We need to educate our doctors on this,” he said.

Dr Latiff emphasised that whatever is done to save costs would not be at the expense of quality treatment for the people, especially because most of those seeking treatment at public hospitals were from the lower-income group.


From Berita Harian

Doktor usah preskripsi ubat berlebihan

KUALA LUMPUR: Doktor diminta tidak mempreskripsikan ubat secara berlebihan kepada pesakit bagi membendung masalah pembaziran ubat, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa mengambil langkah itu berikutan berlaku pembaziran ubat yang diberi doktor kerana pesakit tidak menghabiskan ubat berkenaan sebaik sembuh dan kembali semula ke hospital atau klinik.

“Kami sedar rakyat tidak menghargai ihsan kerajaan membelanjakan lebih RM800 juta setahun untuk perubatan mereka yang hanya perlu membayar RM1 saja ketika mengunjungi hospital atau klinik kerajaan.

“Contohnya ubat penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi untuk tiga bulan boleh mencecah lebih RM2,000 dan jika tidak dihabiskan, ia adalah pembaziran. Kita boleh menjimatkan duit yang digunakan itu untuk bentuk perubatan lain.

“Bagaimanapun, pesakit tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana adalah menjadi tanggungjawab doktor mempreskripsikan ubat dengan jumlah berpatutan dan mengikut keperluan,” katanya selepas merasmi-kan Persidangan Saintifik ke-6 Mahasiswa Pergigian, Fakulti Pergigian Universiti Malaya di sini, semalam.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan menasihat dan menyedarkan doktor di hospital dan klinik kerajaan supaya memberikan ubat mengikut keperluan kepada pesakit dan tidak untuk tempoh yang lama.

Mengenai rancangan kerajaan mewujudkan farmasi swasta di hospital kerajaan seperti diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek, Abd Latiff berkata, ia diumumkan apabila tiba masanya kelak.

Katanya, apabila farmasi swasta diwujudkan pesakit perlu membeli sendiri ubat mereka mengikut preskripsi doktor.

Beliau berkata, ia masih di peringkat cadangan dan dijangka dilaksanakan di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang sebagai percubaan sebaik kerajaan membuat keputusan.

Abd Latiff berkata, harga ubat di farmasi swasta itu akan dikawal dan diseragamkan supaya pesakit membeli ubat dengan harga berpatutan, manakala sistem khas akan diperkenalkan untuk pesakit miskin dan berpendapatan rendah.

Katanya, membeli ubat di farmasi bukan perkara baru bagi sebahagian rakyat Malaysia dan pelaksanaan sistem baru juga antara langkah membendung pembaziran ubat.


But someone from MOH can please answer this dubiuos question on behalf the rest of "pesakit miskin dan berpendapatan rendah Malaysia":

  • If we will pay more just because of other's uneducated act.(overprescribe and wasted). We dont talk about moron here. They're doctor right?

  • Who will then monitor that pharmacy pricelist... even now we dont ever have any standard pricelist. (no need to mention of ceiling price, hehehe). Who will check it. Is it someone from MOH or Pharmaceutical Services Division or even KPDNHEP?

  • Is that true, at that time we'll give generic (cheap one - cap ayam) for FREE then the original you need to pay. Or vice versa?

  • So, who need to be educate here, patients (consumer), doctors, pharmacies or minister medicines manufactures (capitalist)?
    Someone need to help me on this. Now Im getting confuse. Are we ready really serious for this.

  • Friday, December 10, 2004

    Another Sad Story

    From Berita Harian

    Dua maut dirempuh ketika melintas

    MERSING: Hasrat tiga sekeluarga makan mi segera tidak kesampaian apabila mereka dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk membeli makanan itu di Kilometer 2, Jalan Endau-Mersing, malam kelmarin.

    Mereka yang terbunuh ialah Mohd Dom Ali, 36, dan anak sepupunya, Amirul Abu Bakar, 7. Bagaimanapun, kakak tiri Amirul, Norkasifah Shamsudin, 10, cedera parah dan keadaannya kritikal. Dia kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

    Bapa Amirul, Abu Bakar Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa menyeberang jalan kira-kira 10 meter dari rumah mereka di Kuarters Jabatan Kerja Raya, Endau kira-kira jam 8 malam.

    Beliau berkata, Mohd Dom dikatakan membawa dua beradik tiri itu, Amirul dan Norkasifah untuk membeli mi segera di pasar mini berhampiran seberang jalan rumah mereka.

    “Sebaik saja melintas jalan, mereka dirempuh sebuah kereta yang sedang menghala ke Endau. Bagaimanapun, ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana bekerja,” katanya ketika ditemui Berita Harian.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Rosli Md Nizam, berkata kereta terbabit yang dipandu pegawai Pejabat Agama Daerah, di sini dalam perjalanan dari arah Mersing menuju Endau dalam hujan renyai.

    Katanya, polis percaya kejadian itu disebabkan kesilapan pejalan kaki yang teragak-agak sehingga berpatah balik selepas melintas jalan.

    Katanya, pemandu kereta itu dipercayai sudah berusaha mengelak ke sebelah kiri jalan apabila melihat ketiga-tiga mangsa melintas jalan, tetapi gagal berbuat apa-apa apabila mangsa berpatah balik selepas menyedari kehadiran kereta terbabit.

    “Ketika kemalangan, jalan agak licin kerana hujan renyai menyebabkan Mohd Dom yang dilanggar itu parah di kepala mati di tempat kejadian, manakala Amirul yang juga parah di kepala meninggal dunia di Hospital Mersing.

    “Manakala Norkasifah yang turut parah di kepala kini kritikal dan terpaksa dirujuk ke HSA untuk rawatan rapi,” katanya di sini, semalam.

    Rosli berkata, pihaknya sudah menahan pegawai agama yang berusia 28 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke sebuah rumah terbuka di Endau untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

    Katanya, pihaknya akan mendakwa pegawai terbabit mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

    “Kejadian ini satu tragedi menyedihkan dan boleh dielakkan. Oleh itu, saya menasihatkan semua pejalan kaki mengambil sikap berhati-hati ketika melintas jalan manakala pengguna jalan raya pula mematuhi had laju yang ditetapkan,” katanya.

    Sementara itu, mayat mangsa yang dibedah siasat di Hospital Mersing sudah dituntut keluarga mangsa dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Jemaluang, pagi semalam.

    AIDS patient info need to be secret?

    From Berita Harian

    Keperluan rahsiakan data maklumat pesakit Aids

    PENYAKIT Aids secara berterusan telah mendapat perhatian semua pihak sehingga diadakan Hari Aids Sedunia pada setiap 1 Disember.

    Di Malaysia, jumlah pesakit Aids juga semakin meningkat dan sehingga kini 6,545 mati akibatnya.

    Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek, berkata 20 kes baru HIV dikesan setiap hari dengan tiga daripadanya disahkan menghidap Aids manakala dua orang mati setiap hari berpunca daripadanya.

    Tidak dinafikan, memang ada sejumlah penghidap Aids di negara ini yang tidak direkodkan oleh pihak berkuasa kesihatan kerana pesakit berkenaan tidak pergi mendapatkan rawatan di hospital.

    Mereka mengetahui, seluruh ahli sains dan pakar perubatan dunia masih belum lagi menemui penawar bagi Aids, jadi mereka mencuba pelbagai kaedah perubatan tradisional yang juga tidak diketahui kemujarapannya.

    Kebanyakan mereka berbuat demikian sebenarnya bagi mengelakkan orang lain mengetahui penyakit yang sedang mereka hidapi kerana kesannya amat besar jika rahsia penyakit mereka ini terbongkar.

    Sememangnya sejauh mana tahap kerahsiaan data maklumat pesakit Aids dapat dirahsiakan masih menjadi punca kebimbangan khasnya kepada pesakit Aids sendiri.

    Apabila disebut saja seseorang itu menghidap HIV/Aids, pesakit berkenaan akan mengalami satu stigma dan risiko didiskriminasi yang tidak akan berlaku terhadap pesakit yang menghidap penyakit lain.

    Kebanyakan masyarakat beranggapan Aids hanya akan dihidapi seseorang yang terbabit dalam hubungan seks bebas dan di luar tabii serta mengambil dadah melalui jarum suntikan.

    Sedangkan HIV/Aids boleh dihidapi orang yang tidak berdosa seperti wanita mangsa rogol, pesakit mangsa kecuaian perubatan, isteri yang setia yang berkahwin tanpa mengetahui latar belakang perlakuan suaminya dan kanak-kanak.

    Tentu kita masih ingat bagaimana pada 8 November 2002, Mahkamah Tinggi Temerloh menetapkan jumlah ganti rugi am sebanyak RM500,000 kepada Saidi Ahmad kerana kecuaian perubatan yang berlaku memberikan darah yang tercemar dengan virus HIV kepada ibunya.

    Saidi dan anaknya juga telah menuntut ganti rugi RM30 juta kerana isterinya meninggal dunia akibat dijangkiti HIV/Aids sewaktu menerima rawatan di Hospital Raub pada 1994.

    Di Kedah, Bashah Mustaffa mengemukakan saman RM100 juta kerana kelalaian pihak hospital memberikan darah mengandungi HIV.

    Walaupun berita seumpama ini mendapat liputan meluas media, masyarakat tetap dengan mudah menggolongkan semua pesakit Aids adalah golongan yang rosak akhlaknya.

    Kebimbangan melampau seluruh anggota masyarakat terhadap Aids mengakibatkan pesakit ini dianggap seperti mayat atau jembalang hidup.

    Keperluan tahap kerahsiaan tinggi terhadap maklumat pesakit Aids amat diperlukan bagi memastikan pesakit Aids tidak didiskriminasi dan dipulaukan masyarakat.

    Ini sekali gus akan memberikan keyakinan kepada pesakit Aids tampil ke depan untuk mendapatkan rawatan.

    Usaha mendapatkan rawatan yang diperlukan dan mengambil langkah pencegahan perlu supaya penyakit ini tidak tersebar luas. Ia juga akan memberikan hak kepada pesakit untuk menentukan siapa yang perlu tahu maklumat kesihatan diri mereka dan sekali gus menghormati hak mereka sebagai individu.

    Kerahsiaan maklumat pesakit Aids sering menjadi pertimbangan di antara keperluan kepentingan peribadi pesakit dengan dimensi kepentingan kesihatan awam keseluruhannya. Sememangnya diakui, peraturan mengenai kerahsiaan maklumat pesakit bukanlah sesuatu yang mutlak.

    Maklumat pesakit Aids boleh diberikan kepada pengamal perubatan bagi membantu mengawal dan menjaga kesihatan pesakit Aids.

    Kerahsiaan maklumat pengamal perubatan yang menghidap Aids juga perlu dimaklumkan kepada orang tertentu bagi mengelakkan jangkitan berlaku kepada pesakit yang dirawatnya atau untuk mengelakkan timbulnya tindakan undang-undang oleh pesakit terhadap pengamal perubatan yang menghidap Aids.

    Maklumat ini juga perlu dimaklumkan kepada pasangan pesakit Aids bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada pasangan berkenaan. Di samping itu, kerahsiaan data maklumat pesakit Aids dalam keadaan tertentu dan tahap tertentu boleh dimaklumkan kepada orang lain bagi tujuan pembelajaran perubatan, rekod perubatan, penyelidikan dan audit.

    Kebimbangan bocornya kerahsiaan data maklumat pesakit Aids akan timbul dalam urusan keperluan insurans, keperluan pekerjaan dan pendermaan darah.

    Walaupun ada perundangan dan peraturan di Malaysia mengenai kerahsiaan maklumat pesakit yang menghidap Aids, faktor kerahsiaan ini masih menjadi kebimbangan besar kepada semua pesakit Aids di Malaysia.

    Kita dapat lihat dalam beberapa kes pesakit Aids di Malaysia, bukan sekadar pesakit Aids berkenaan di pulau dan dianaktirikan oleh masyarakat, seluruh ahli keluarga dan saudara mara mereka turut mengalami nasib yang sama.

    Dalam hal ini, pihak berwajib perlu mengambil langkah yang lebih berkesan bagi memastikan tahap kerahsiaan maklumat pesakit Aids sentiasa berada pada tahap tertinggi bagi mengelakkan pelbagai implikasi lain timbul.

    Take care of ourselves

    From Berita Harian

    40 peratus pekerja hospital tidak periksa kesihatan

    ALOR STAR: Sikap tidak mengendahkan kepentingan pemeriksaan kesihatan bukan saja berlaku pada orang awam, tetapi juga berlaku di kalangan pekerja kesihatan sendiri.

    Seorang pakar perunding di hospital swasta di sini mendedahkan kira-kira 60 peratus saja pekerja kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas diri sendiri terutama bagi mengesan penyakit kanser.

    Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Putra Medical Centre (PMC), Dr Annuar Husainy Hussein, berkata statistik itu diperoleh berdasarkan kajian yang dijalankannya di kalangan pekerja kesihatan di sebuah hospital di utara Semenanjung.

    Beliau berkata, walaupun pemeriksaan mengesan punca awal kanser tidaklah begitu sukar, ramai kakitangan kesihatan sendiri tidak melakukannya walhal mereka mempunyai kesempatan terbaik untuk berbuat demikian.

    "Berbanding orang awam, kakitangan kesihatan mempunyai maklumat dan tahap kesedaran yang tinggi terhadap bahaya kanser, tetap sikap kurang prihatin menyebabkan mereka turut terdedah dengan penyakit berbahaya itu.

    "Sebagai warga kesihatan yang bekerja dalam persekitaran yang mempunyai pelbagai kemudahan, mereka sepatutnya melakukan pemeriksaan seperti yang disarankan," katanya sewaktu menyampaikan ceramah di program Nur Sejahtera anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Daerah Kota Star, di Kuala Kedah, baru-baru ini.

    Lebih 400 peserta, termasuk penduduk sekitar Kuala Kedah, menghadiri majlis itu yang diadakan sehari suntuk di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kuala Kedah.

    Dr Annuar juga berkata, walaupun pemeriksaan pap smear bagi mengesan kanser pangkal rahim begitu mudah untuk dilakukan, kajian menunjukkan hanya 30 peratus saja wanita melakukan pemeriksaan itu.

    Begitu juga dengan pemeriksaan kanser payu dara, katanya, walaupun ia boleh dilakukan sendiri, kebanyakan wanita tidak memberi perhatian sewajarnya sehinggalah masalah itu sudah mencapai peringkat kritikal.

    Thursday, December 09, 2004

    What we really want

    From Malay Mail

    District hospitals need then too

    KUALA LUMPUR: The Government should provide every district hospital and small hospitals with specialised equipment like ventilators. “There are more babies born at district hospitals and so each district should have a ventilator at least,” said Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) adviser Datuk Hamdan Adnan.

    He said the Government has the resources to buy these machines even if they cost about RM50,000 each.

    “Since the Government could spend a lot on other things like holding celebrations and even open houses, they could afford to provide ventilators to district and small hospitals,” he said.

    Hamdan was commenting on The Malay Mail’s front-page report on Monday, where a newborn at Putrajaya Hospital had to be sent 180km to the Muar Hospital for a ventilator as Putrajaya did not have a machine to spare.

    The Malaysian Paediatric Association on Tuesday said that the practice of sourcing for ventilators by a Government hospital from other Government hospitals was not new.

    Its president, Professor Dr Zulkifli Ismail, also dismissed the idea of sending patients from Government hospitals to private ones, as it was not feasible due to cost factor.

    On this, Hamdan said hospitals should be given the power to use their discretion during critical situations.

    On another aspect, Hamdan said large companies in the respective districts could fulfil their social obligations by donating a machine (to the district hospital).

    The Health Ministry’s director-general Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif could not be reached for comment.

    Philippines health crisis

    From Berita Harian

    Filipina hadapi krisis perubatan

    MANILA: Filipina dikhuatiri terhumban ke kancah krisis perubatan selepas banyak hospital dan klinik rosak teruk akibat taufan melanda negara itu manakala bekalan air semakin kotor menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak mati.

    Sebuah kapal pengawal pantai Filipina yang dilengkapi kemudahan perubatan, berlabuh di Pelabuhan Real manakala dua helikopter tentera laut Amerika Syarikat, mengadakan khidmat ulang alik antara Manila dengan kawasan yang teruk dilanda taufan di Pulau Luzon.

    Pekerja bantuan menyatakan bekalan air dan perubatan semakin habis di Real, Infanta dan General Naka, tiga bandar utama yang menjadi padang jarak padang terkukur akibat dilanda ribut dan taufan Nanmadol minggu lalu.

    Setiausaha Kesihatan, Manuel Dayrit memberitahu pemberita, kawasan bencana setakat ini masih belum dilanda wabak meskipun beribu-ribu orang bersesak di pusat pemindahan selain masalah bekalan air bersih yang tercemar.

    “Kami risau keadaan di kawasan terbabit akan bertukar menjadi krisis perubatan,” katanya.

    Beliau berkata, hospital di Infanta tidak dapat beroperasi langsung. Pemberita yang melawat hospital itu awal minggu ini mendapati hospital itu ditenggelami banjir lumpur dan semua bekalan ubat rosak.

    Kebanyakan klinik turut rosak dan pegawai perubatan tempatan hilang tempat tinggal disebabkan ribut dan banjir yang masih menenggelami kebanyakan kawasan di rantau itu.

    “Keadaan kesihatan akan bertukar menjadi bencana pada bila-bila masa saja lagi akibat banyak kemudahan musnah,” kata Dayrit.

    Tabung Kanak-Kanak UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Dunia sudah pun menyuarakan kebimbangan mereka terhadap tahap kesihatan penduduk di pusat pemindahan yang terlalu sesak.

    Menurut UNICEF lebih daripada 10 kanak-kanak mati akibat cirit birit di pusat pemindahan dan keadaan kesihatan dijangka lebih buruk akibat kekurangan air minuman.

    Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, risiko penduduk yang terselamat diserang penyakit malaria semakin tinggi berikutan banyak air yang bertakung selain keadaan cuaca.

    “Kita sudah mencatatkan lebih daripada 10 kematian dan risiko lebih ramai mati adalah tinggi disebabkan ketiadaan air minuman,” kata jurucakap UNICEF, Damien Personnaz. – AFP